100104 - Kim Myung-min menjawab soalan peminat (Bahagian 2)

Inilah bahagian kedua kepada jawapan yang telah diberi oleh Kim Myung-min terhadap soalan anda.

Kami juga mengharapkan bahawa lebih banyak soalan dapat dijawabkan tetapi seperti yang anda sedia tahu, Kim Myung-min mempunyai jadual waktu yang ketat dan juga tangah bersedia untuk filem baru beliau.


S: Apakah watak yang ingin anda pegangi dalam syarikat pengurusan baru anda? (ditanya oleh may7)
J: Saya hanya mahu terus fokus untuk menjadi pelakon yang sebaik mungkin dan menghasilkan bahan yang sebaik mungkin. Saya percaya bahawa ini merupakan keutamaan saya buat masa kini.

S: Adakah anda lebih gemar menjadi pemandu atau penumpang? (ditanya oleh e2wen)
J: Tentunya pemandu.

S: Benda apakah yang anda tidak boleh tinggal rumah tanpanya?
(ditanya oleh e2wen)
J: Telefon bimbit dan dompet.

S: Pelakon dan pengarah manakah yang anda ingin kerja bersama? Sila namakan 3 dan sebutkan sebab anda memilih mereka. (ditanya oleh e2wen, maroon74)
J: Saya ingin bekerja bersama pelakon yang sentiasa menunjukkan bahawa mereka mampu menyampaikan lakonan yang hebat sepanjang kerjaya mereka seperti Robert DeNiro, Sean Penn, dan Daniel Day Lewis.

S: Makanan apakah yang anda paling rindui semasa diet untuk lakonan "Closer to Heaven"?
(ditanya oleh e2wen)
J: Secara jujur, saya cuba sedaya upaya untuk menghalau segala fikiran tentang makanan. Jadi, tiada makanan yang saya amat rindui pada ketika itu.

4hb Januari 2010, MyungMin International

Comments

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
Image CAPTCHA
Enter the characters shown in the image.