100102 - Kim Myung-min menjawab soalan peminat (Bahagian 1)

Di forum MMI, kami telah menanya anda bahawa soalan apakah yang anda ingin menujukan kepada Kim Myung-min jika berpeluang. Kami telah menghantar soalan tersebut kepada pihak pengurusan beliau, dan jawapan telah diberi!

Ini merupakan lima jawapan pertama!

S: Bilakah anda menyertai khidmat negara, dan di mana cawangan tersebut? (ditanya oleh eisenmin, kanshu_bee, piano_lady)
J: Saya bertugas pada tahun 1992.

S: Apakah makanan Korea yang anda paling gemari? (ditanya oleh e2wen)
J: Saya merupakan peminat besar kepada BBQ Korea.

S: Setahu kami, watak-watak yang anda telah lakonkan memerlukan banyak kekuatan, terutamanya dari segi mental. Mengapakah anda rasa perlunya untuk memaksakan diri sampai tahap tersebut? Dan bagarmanakah anda kembali ke asal diri anda? (ditanya oleh Lara Bee)
J: Bakat hanya merupakan sebahagian daripada persamaan ini. Untuk penambahbaikan berterusan, seseorang harus sentiasa mendorong para batas. Sepanjang jalan ini, saya sentiasa teruja dengan hasil daripada kerja keras, dan pada masa yang sama, diingatkan untuk rendah diri kerana menyedari bahawa banyak lagi yang saya perlu belajari.

S: Anda mempunyai bariton yang amat kuat. Adakah anda mempunyai rancangan untuk bernyanyi dalam drama atau filem baru? (ditanya oleh may7)
J: Jika watak tersebut memerlukan, ia tidak dapat dielakkan.

S: Buat masa ini, yang manakah hasilan (drama/filem) yang anda paling gemari? Adakah ia masih 'White Tower'? (ditanya oleh piano_lady)
J: Setiap projek mempunyai unsur istimewa yang tersendiri. Kesemuanya merupakan kegemaran saya.

Nantikan jawapan yang seterusnya, ataupun memberi soalan anda sendiri di forum.

2hb Januari 2010, MyungMin International

Wartawan: kanshu_bee

Comments

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
Image CAPTCHA
Enter the characters shown in the image.