"Giant" Masih Belum Dipastikan Lagi

 
Menurut agensi pengurusan Kim Myung Min, adalah tidak pasti sama ada beliau akan menerima 'Giant' sebagai projek berikutnya.
Berita tentang drama terbaru Kim Myung Min telah menarik banyak perhatian dan menimbul keghairahan di kalangan pengguna internet dan peminat. Akan tetapi, MY Entertainment telah mengesahkan bahawa mereka masih dalam proses perbincangan dengan pihak produksi dan tiada kontrak yang telah ditandatangani setakat ini. Maka, tiada jaminan bahawa Kim Myung Min akan menerima projek tersebut.
 
'Giant' merupakan sebuah drama yang panjangnya 50 episod dan latar masanya telah ditetapkan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Sinopsis cerita adalah tentang kisah kejayaan Lee Kang Mo, seorang CEO syarikat pembinaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Gangnam sebagai daerah yang makmur di Seoul.
 
Pengarah drama tersebut ialah  Yoo In-Shik (유인식) yang juga telah menghasilkan 'Robbers' (SBS, 2008), 'Bad Family' (SBS, 2006) dan 'Bad Housewife' (SBS, 2005). Jika Kim Myung Min mengambil watak tesebut, ia akan menjadi kolaborasi kedua bersama Pengarah Yoo selepas Bad Family pada tahun 2006.
 
'Giant' telah dijadualkan untuk mula bertayang pada 10 Mei, selepas drama perubatan, Jejoongwon.
 
15 Januari 2010, MyungMin International
 
Wartawan: piano_lady
Penterjemahan: LunaL & e2wen

Comments

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
Image CAPTCHA
Enter the characters shown in the image.