Filem Kim Myung Min "The Destroyed Man" Bermula Di Seoul


 
Kim Myung Min dan Park Joo Mi memulakan perfileman The Destroyed Man semalam, 25 Juanuari. Perfileman mangambil tempat di Gereja Segumjung Methodist di Seoul dari 10 pagi hingga 8 malam. Beberapa peminat Korea turut serta sebagai pelakon tambahan. Gambar yang lain tentang gereja tersebut boleh dilihat di sini.
 
The Destroyed Man adalah sebuah cerita yang berkisah tentang kehidupan seorang paderi yang hidupnya mulai runtuh ketika anak perempuannya diculik and dianggap mati. Lapan tahun kemudian dia mendapati anak perempuannya masih hidup, jadi dia memburu penculik psiko itu untuk mendapat balik anaknya. Kim Myung Min memegang watak utama sebagai Paderi Joo and Park Joo Mi memegang watak sebagai isteri paderi.
 
Filem tersebut akan ditayangkan pada pertengahan tahun.
 

26 Januari 2010, MyungMin International
 
Penterjemahan: LunaL

 

Comments

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
Image CAPTCHA
Enter the characters shown in the image.